* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 24 Jun 2019

Frog VLE and Pelan Data Guru Akan Diteruskan Selepas 30 Jun 2019

Frog VLE and Pelan Data Guru Akan Diteruskan Selepas 30 Jun 2019

Fasa 2 Projek 1BestariNet akan tamat pada 30 Jun 2019. Pihak kami telah mendapat banyak persoalan tentang akses Frog VLE selepas 30 Jun 2019. Pihak kami difahamkan berkemungkinan akan terdapat tempoh sehingga 6 bulan bagi pihak KPM membuka tender baharu untuk fasa seterusnya.

Sehubungan dengan itu, FrogAsia amat prihatin terhadap keadaan di mana semua sekolah-sekolah akan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Pihak kami juga amat menghargai segala usaha sekolah dalam mencipta dan memuatnaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam Frog VLE, serta keaktifan pihak sekolah dalam  menggunakan pelantar ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan membudayakannya di sekolah.

Frog VLE

Oleh itu kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Frog VLE masih berjalan dan tersedia seperti biasa selepas 30 Jun 2019. Semua pengguna masih boleh menggunakan username dan password masing-masing.

Seperti yang telah dirancangkan, pihak kami akan menerbitkan Pek Ulangkaji pada 1 Julai untuk semua sekolah (SK, SJK(C), SJK(T) dan SMK) yang mengandungi soalan dan kuiz untuk topik-topik yang meliputi pengajaran dan pembelajaran dari Januari sehingga Jun. Di antara subjek-subjek yang terlibat ialah:

–    Bahasa Melayu
–    Bahasa Inggeris
–    Matematik
–    Sains

Pek Ulangkaji adalah sebagai sumber tambahan kepada site yang terdapat dalam Boost yang meliputi semua subjek berdasarkan sukatan pelajaran.

Pelan Data Guru ( Telefon Mudah Alih Altitude)

Kami juga ingin memaklumkan bahawa guru-guru masih boleh menyimpan dan menggunakan telefon mudah alih Altitude dengan pelan data guru seperti sedia ada. Oleh itu, guru-guru masih boleh menggunakan perkhidmatan ini di dalam bilik darjah serta di rumah untuk mengakses Frog VLE seperti perkhidmatan sedia ada tanpa sebarang gangguan.

Sumber : https://frogasia.com/en/announcements/

#BTPN Johor

Lampiran :
24_June_2019_FrogAsia_Announcement.pdf

0 komen ::

Catat Ulasan