* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 6 Jun 2019

TITIK POSITIF HARI 154/365 2019

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 154/365 2019
3 Jun 2019
29 Ramadan 1440H
Isnin

Benar itu berat. Kenapa kebenaran terasa terlalu berat?
Mungkinkah kerana kita terlalu biasa dengan kesalahan?
Hidup ini adalah pilihan. Namu begitu, kita tidak boleh hanya memilih rasa senang dan sukacita dalam diri sendiri sahaja. Sebab apa? Kerana kita sentiasa berinteraksi dengan orang lain. Kita juga sentiasa berinteraksi dengan Yang Maha Pencipta dan makhluknya.
Itulah takdir kita sebagai makluk sosial yang diberi amanah sebagai Khalifah.

Ada baiknya juga kita membiasakan diri dengan rasa sakit dan pahitnya hidup dengan melalui ketidaksengajaan yang terjadi dalam kehidupan kita.
Tetapi... hati-hati... perilaku kebiasaan dengan kesalahan membuatkan kita terbawa-bawa sehingga mengganggu prinsip organisasi atau sehingga sanggup kesampingkan kebenaran yang dipupuk oleh agama kita.
Konsistenlah dalam hal-hal kebaikan. Pertahankanlah ia sekalipun keburukan kerap kali menimpa kehidupan kita. Pelajarilah sesuatu daripada kesalahan untuk membina kebenaran yang abadi.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

0 komen ::

Catat Ulasan