Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 189/365 2019
8 Julai 2019M
5 Zulkaedah 1440H
Isnin
KESILAPAN KALI KEDUA ADALAH SATU PILIHAN
Kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ia diakui di mana-mana sebagai fitrah manusia. Manusia dan kesilapan seperti tidak boleh berpisah.
Kita tidak boleh melakukan kesilapan yang sama dua kali. Kesilapan kali kedua bukan lagi satu kesilapan, tapi ia adalah satu pilihan.
Belajarlah daripada kesilapan yang pertama. Ia amat berharga dan beruntunglah mereka yang dapat memahami diri sendiri dengan bermuhasabah dengan kesilapan kali pertama.
" Orang mukmin tidak boleh jatuh dua kali ke dalam lubang yang sama. "
(HR. Muslim)
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENYERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan