* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 5 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 217/365 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 217/365 2019
5 Ogos 2019M
4 Zulhijjah 1440H
Isnin

Perumpamaan yang kita sering dengar sebelum ini " SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG ". Satu perumpamaan kepada orang yang berfikiran sempit serta cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar. Bayangkan bagaimana sekiranya tempurung itu berlut sinar.

Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku di sekeliling, .... tapi.... berapa ramai yang peka dan ambil peduli serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku.
Adakah ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’.

1) Adakah anda selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah?
2) Adakah anda tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru?
3) Adakah anda hanya menunggu idea orang lain daripada terus memberi idea sendiri?
4) Adakah anda hanya terpaku, hanya membisu seribu bahasa?
5) Adakah anda hanya mampu beraksi di luar gelanggang daripada dalam gelanggang yang sebenar?
6) Adakah anda hanya suka memberi alasan tanpa berfikir bahawa rakan lain juga ada alasan yang sama?
7) Adakah anda hanya tahu menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah?

Hari ini orang sering memperkatakan kehebatan dan kelebihan orang lain. Tetapi tidak semua bersedia untuk mengikuti jejak langkah atau 'track' berkenaan. Budaya hanya melihat, menunggu, mendiamkan diri, kedekut idea, tenaga atau hanya suka komen idea orang lain ... masih terpahat dalam jiwa dan hati sanubari.
Sesungguhnya tiada had laju dalam perjalanan menuju keunggulan.

Dan kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha serta kesepaduan tenaga dan fikiran.
Budaya tidak mahu bersusah-susah demi kepentingan organisasi dan ummah perlu diubah secara hikmah. Tindakan berkonsep hikmah adalah berbeza mengikut situasi dan kerenah kumpulan sasar.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA


Seperti perkongsian pada 4 Disember 2009.

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan