Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 218/365 2019
6 Ogos 2019M
5 Zulhijjah 1440H
Selasa
Prinsip ini menghendaki pekerja-pekerja melakukan sesuatu perkara yang betul dan benar bukan kerana ia takut kepada manusia tetapi kerana percayakan kepada Allah SWT.
Sebagai amaran, al-Quran menjanjikan kepada orang-orang yang melampaui batas iaitu mereka yang melakukan penipuan (tidak betul) dan sebagainya akan menerima balasan akibat perbuatannya di dunia, dan di akhirat pula akan disiksa dengan api neraka. Oleh itu mereka yang diamanahkan perlu menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna.
Sabda Rasulullah SAW :
إن الله يحب إذا عمل أحدكم العمل أن يتقنه
" Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)."
Psikologi manusia sememangnya hendakkan yang mudah. Tidak kurang juga yang suka ambil mudah. Sesuatu perkara tidak mungkin menjadi mudah sekiranya tiada kehendak.
Dalam mencari sesuatu yang mudah, tidak kurang juga yang sanggup melanggar peraturan syariat dan undang-undang dunia.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
Seperti perkongsian pada 12 Julai 2010
Seperti perkongsian pada 12 Julai 2010
https://mersinghebat.blogspot.com/2010/07/renungan-bekerja-dengan-as-sidqhonesty.html
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
0 komen ::
Catat Ulasan