Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 244/365 2019
1 Sept. 2019M
1 Muharram 1441H
Ahad
KESETIAAN
Titik utama kesetiaan ialah apa sahaja tindakan yang kita ingin lakukan haruslah bermatlamatkan menjaga kepentingan Yang Maha Esa, utusan, agama, diri sendiri, keluarga, negara dan masyarakat serta organisasi.
Penghijrahan dan perubahan diri memerlukan kesetiaan yang tinggi.
Melestarikan perubahan memerlukan kesetiaan dan ketegasan dalam diri kita.
Jangan kalah dengan cabaran dan halangan yang mendatang.
Jangan pudarkan kesetiaan kita kepada ilmu dan disiplinnya.
Kesetiaan kepada ilmu dan integritinya akan mencorakkan kehidupan seterusnya.
Hari ulang tahun kemerdekaan negara dan awal tahun hijrah 1441H, kita sambut secara serentak. Sama-sama kita pupuk nilai kesetiaan Yang Maha Esa dan agama sebagai asas kepada tranformasi negara dan hijrah.
Jadilah perubah bukan perosak.
Janalah transformasi yang baik. Kalau kita tidak mampu berada dalam satu saf@barisan, jangan kita menjadi perosak atau penghalang kepada pembentukannya.
Setialah dengan ketentuan Allah SWT. Kemana sahaja, apa sahaja posisi kita, semuanya ketentuan yang bukan sia-sia.
Terokailah hikmah disebaliknya.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
0 komen ::
Catat Ulasan