* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 2 September 2019

TITIK POSITIF HARI 245/365 2019

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 245 2019
2 Sept. 2019M
2 Muharram 1441H
Isnin

IHSAN


Perasaan ihsan akan lahir bila kita jujur dan ikhlas serta yakin bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Ihsan akan melestarikan ketaatan dan ketaqwaan kita.
Yakin dengan kuasa lihat Allah akan membentuk kesediaan kita.
Kesediaan lahir daripada kejujuran dan kejujuran lahir daripada hati kita.

Jujurnya kita dengan sesiapa sahaja ketika adanya dan ketika tiadanya.
Jujurnya kita dengan sesiapa sahaja ketika kita berada di depannya atau di belakangnya.
Jujur hanya terbit daripada hati yang ikhlas.
Betulkan hati bila kita tidak jujur. Jujurlah dengan diri sendiri untuk menjadikan kita lebih baik.
Jujur bukan hanya dengan perkataan.
Jujur bukan hanya dengan tulisan.
Tapi jujur yang sebenar ialah apa yang kita lakukan.
Manusia yang sempurna akan sentiasa sejahtera dengan manusia yang lain.
Seorang yang sempurna imannya akan melaksanakan semua hak imannya.
Berubahlah menjadi lebih baik.
Untuk berubah, kita perlu berhijrah. Hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.
Terapkan nilai ibadah dalam penghijrahan serta pengorbanan kita.
Moga kita disantuni dengan rahmat Allah SWT.
Sesungguhnya kita tidak layak untuk mendapat balasan baik daripada Allah tanpa rahmatnya.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

0 komen ::

Catat Ulasan