Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran.
Semua murid Tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.
0 komen ::
Catat Ulasan