Assalam.
Secara keseluruhan saya telah melihat keputusan UPSR yang menjadi satu komponen dalam PPSR 2019.
1. Tahniah saya ucapkan kepada semua PPD kerana Tahap Menguasai (ABCD) bagi negeri Johor telah meningkat sebanyak *2.77%.*
2. Tahniah kepada PPD yang telah dapat meningkatkan pencapaian Tahap Menguasai ABCD.
3. Apa yang perlu kita lihat ialah untuk tindakan susulan bagi memastikan tahun 2020, kita dapat memaksimumkan keberhasilan dalam UPSR. Tahun 2019, *23.55% calon memperoleh sekurang-kurangnya E* dan *0.57% memperoleh semua E.* Pola ini walaupun menunjukkan penurunan berbanding tahun 2018 tetapi ianya perlu terus diperingkatkan pada tahun 2020 supaya semua murid dapat menguasai tahap minimum dalam pencapaian UPSR ini selain meningkatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Tahniah kepada semua pegawai di sektor JPN dan PPD Johor.
Pengarah Pendidikan Johor
0 komen ::
Catat Ulasan