* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 8 Mei 2025

TP 2684 TITIK POSITIF HARI 127 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2684
TITIK POSITIF HARI 127 2025M
7 Mei 2025M
TITIK POSITIF HARI 304 1446H
9 Zulkaedah 1446H
Rabu



Sebelum menilai marahnya seseorang.
Sebelum mempersoalkan perubahan sikap seseorang.
Sebelum menghakimi kerasnya hati seseorang.
Cuba lihat dahulu apa yang pernah menyakiti dirinya sehingga dia menjadi sedemikian.
Cuba lihat sebesar apa perjuangan yang dia perjuangkan di saat badai ujian yang menimpa dirinya.
Selagi kita tidak berada di tempatnya. Selagi kita tidak merasai apa yang dia telah lalui. Selagi kita tidak merasai penderitaan dan ujian yang dia tempuhi.
Jangan sesekali kita menilai dirinya seolah-olah kita tahu segalanya.
Kita tidak pernah berada di tempatnya. Kita tidak pernah tahu apa yang dia tanggung selama ini.
Berdiamlah daripada mengeluarkan kata-kata yang belum yentu benar kesahihannya. Jaga lisan .. jaga tindakan kita .. jaga reaksi kita agar tidak menyakiti dan membuatkan orang lain terasa hati.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan