Salam Mahabbah
TP 2691
TITIK POSITIF HARI 134 2025M
14 Mei 2025M
TITIK POSITIF HARI 311 1446H
16 Zulkaedah 1446H
Rabu
Kita pernah jumpa orang yang senyap .. diam sahaja dan tidak banyak bercakap. Tetapi bila buka mulut dia selalu buat kita berfikir.
- Quiet people banyak cakap dalam hati, kadanag-kadang cakap seorang diri.
- Bila dah selesa dengan seseorang, dia boleh jadi gila.
- Mereka bercakap melalui fikiran dan hati.
- Mereka pemalu, susah nak maintain eye contact lama-lama.
- Mereka ada banyak kemarahan dalam diri, jangan buat mereka marah. tetapi mereka pandai mengawal kemarahan.
- Mereka kuat dan sangat bijak.
- Mereka boleh jadi gila-gila dalam sosial media.
- Personaliti mereka sangat tenang dan menyenangkan.
- Otak mereka sentiasa mengira-mengira sesuatu, overthinking pasal benda baik dan buruk.
- Mereka sangat setia dan mencintai dengan sepenuh hati dalam hubungan. Kalau mereka betul-betul cinta, cinta itu dalam. Tetapi kalau tak cinta, mereka akan terus pergi.
- Mereka tidak tunjuk kesakitan mereka, tetapi sangat emosional.
- Ada yang depressed dan rasa keseorangan, tetapi mereka berpura-pura ok. Dalam hati, mereka memang suka bersendirian.
- Mereka ada senyuman paling cute dan gelak yang pelik tetapi comel.
- Quiet people suka rahsiakan banyak perkara, tetapi kalau rasa tidak selesa, mereka akan bercakap terus terang tanpa takut.
- Kebanyakan mereka suka fakta dan sangat jujur.
- Sebagai introvert, mereka bahagia bila bersendirian selagi sibuk dengan benda yang mereka suka.
- Mereka suka cipta "scene" dalam kelapa dan percaya kepada imaginasi sendiri.
- Mereka suka membaca. Buku novel, fiksyen, bukan fiksyen atau buku inspirasi seperti selft-help books.
Jangan salah faham diam orang yang pendiam. Dalam hati mereka ada dunia yang penuh keindahan, hanya untuk mereka yang tahu menghargai.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan