* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 3 Ogos 2025

TP 2736 TITIK POSITIF HARI 179 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2736
TITIK POSITIF HARI 179 2025M
28 Jun 2025M
TITIK POSITIF HARI 2 1447H
2 Muharram 1447H
Sabtu


Jangan terlalu bersinar, nanti kita mungkin akan mengganggu mereka yang telah selesa dalam gelap.

Pernahkah kita merasa pelik... Ketika kita mulai semangat, berkarya, berinisiatif, bukannya dipuji, bahkan dijauhi?
Tiba-tiba kita dianggap "cari muka".
Dianggap “esok boleh bersendirian”.
Padahal kita cuma ingin melakukan yang terbaik.
Tetapi rupanya, terlalu bersinar boleh dianggap sebagai ancaman, bukan inspirasi.

Di beberapa tempat, kehadiran kita yang terang, boleh menyilaukan mereka yang sudah lama selesa dalam gelap.
Gelapnya tanpa arah,
Gelapnya sistem yang lebih menghargai diam daripada hasil,
Gelapnya zon selesa yang penuh kepura-puraan.

Jadilah kamu...
Terlalu aktif, dianggap bersemangat.
Terlalu jujur, dianggap membahayakan.
Terlalu bersinar, dianggap suka menonjolkan diri.

Akhirnya kita boleh belajar sesuatu bahwa kadang-kadang bukan kualiti kita yang salah, tetapi ruangnya yang belum bersedia.

Itulah ironi dunia kerja,, 
Yang nyala sering dimatikan,
Yang biasa-biasa malah dibiarkan.
.. Tapi jangan kecilkan cahaya kita.
Sekiranya satu ruangan tidak bersedia, mungkin ruangan lain sedang menunggu kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan