* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 3 Ogos 2025

TP 2740 TITIK POSITIF HARI 183 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2740
TITIK POSITIF HARI 183 2025M
2 Julai 2025M
TITIK POSITIF HARI 6 1447H
6 Muharram 1447H
Rabu


HIDUPKAN ROH DALAM PEKERJAAN
Rahsia di sebalik kerjaya yang bermakna dan produktif.

Adakah kita hadir di tempat kerja secara fizikal tetapi jiwa kita berada di tempat lain? Tubuh di tempat kerja, tetapi hati dan fikiran jauh melayang. Inilah yang dikatakan sebagai kerja tanpa roh. Tugas yang dilakukan hanya untuk melepaskan kehendak dunia tanpa nilai dan tanpa rasa.

Membawa roh ke dalam pekerjaan bermaksud hadir dengan kesedaran penuh, amanah dan niat yang bersih, bukan sekadar memenuhi arahan, tetapi kerana faham akan tanggungjawab atau amanah kepada organisasi, masyarakat dan Allah SWT.

TANDA KERJA TANPA ROH 

1. Sekadar cukup syarat. Tugasan disiapkan pada tahap minium yang boleh diterima, tanpa usaha untuk memperbaiki atau memberi nilai tambah.

2. Tiada Semangat. Bekerja secara sambil lewa, tanpa fokus dan ghairah terhadap apa yang dilakukan.

3. Terasing Dari Tujuan. Tidak memahami atau menghargai kepentingan kerja yang dilakukan dalam konteks yang lebih besar.

Budaya kerja yang hambar ini akan menjejaskan bukan sahaja hasil kerja, tetapi juga kesihatan mental dan hubungan dengan rakan sekerja.

FAEDAH MEMBAWA ROH DALAM PEKERJAAN

1. Produktif Meningkat. Kerja yang dilakukan dengan penuh semangat secara semulajadi akan menghasilkan output yang lebih berkualiti.

2. Kepuasan Dalaman. Ketenangan jiwa dan rasa puas yang sebenar terhasil apabila kita bekerja dengan tujuan yang jelas.

3. Hubungan Lebih Harmoni. Mewujudkan kesepaduan dan sinergi dalam pasukan apabila setiap ahli hadir denagn semangat yang sama.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan