Salam Mahabbah
TP 2747
TITIK POSITIF HARI 190 2025M
9 Julai 2025M
TITIK POSITIF HARI 13 1447H
13 Muharram 1447H
Rabu
Belajarlah diam daripada banyaknya berbicara.
Belajarlah sabar daripada segala kemarahan.
Belajarlah mengalah daripada keegoan atau kesombongan.
Belajarlah tegar daripada setiap kehilangan.
Belajarlah bersyukur di setiap keadaan.
Belajarlah memaafkan daripada setiap luka.
Belajarlah rendah hati daripada pujian yang diterima.
Belajarlah bjaksana daripada setiap kegagalan.
Belajarlah memahami setiap perbezaan yang didepani.
Belajarlah bahagia daripada kesederhanaan.
Belajarlah tangguh daripada setiap ujian yang datang.
Belajarlah menikmati daripada proses yang dirasakan berat.
Belajarlah berkorban daripada cinta yang tulus tanpa syarat.
Belajarlah berani daripada ketakutan yang selama ini dipendamkan.
Belajarlah berbesar hati daripada setiap kekecewaan yang datang.
Belajarlah bersabar daripada janji-janji yang tidak ditepati.
Belajarlah berserah daripada doa-doa yang dibacakan tanpa henti.
Belajarlah menghormati daripada setiap pengajaran yang diterima.
Belajarlah menjadi diri sendiri daripada perjalanan yang mengajarkan kita erti kehidupan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan