* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 12 Oktober 2025

TP 2814 TITIK POSITIF HARI 255 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2814
TITIK POSITIF HARI 255 2025M
14 Sept 2025M
TITIK POSITIF HARI 80 1447H
21 Rabiul Awwal 1447H
Ahad


Menjiwai tugas dan amanah bukan sekadar menjalankan tanggung jawab, ia adalah bentuk ibadah, dedikasi, dan cerminan integriti diri.

📌Niatkan sebagai ibadah. Setiap tugas yang dilakukan dengan niat yang tulus menjadi ladang pahala. Ketika amanah dijalankan dengan ikhlas, ia menjadi bentuk pengabdian kepada Allah SWT.

📌Tanggung jawab adalah kehormatan. Amanah bukan beban, tapi satu kepercayaan. Ia menunjukkan bahwa orang lain melihat kita sebagai orang yang layak dipercayai. Menjalankan tugasa dengan sepenuh hati adalah cara membalas kepercayaan itu.

📌Kualiti diri tercermin daripada cara bekerja. Integriti, disiplin, dan komitmen dapat dilihat ketika bagaimana kita menyelesaikan tugasan. Menjiwai pekerjaan bererti menunjukkan siapa kita sebenarnya, bukan hanya kepada orang lain, tapi kepada diri sendiri.

📌Setiap tugas mempunyai impak dan kesannya. Sekecil apapun peranan kita, ia akan memberi impak kepada sistem yang lebih besar. Menjiwai tugas adalah menyedari bahawa pekerjaan kita mempunyai makna dan pengaruh.

📌Menjadi teladan dan inspirasi. Ketika kita bekerja dengan semangat dan tanggung jawab, kita telah menginspirasikan orang lain untuk melakukan hal yang sama. Sikap kita boleh menjadi contoh yang membentuk budaya kerja yang positif.

📌Tugas adalah jalan menuju kejayaan. Ramai orang yang berjaya bermula dari tugas kecil yang dijalankan dengan sepenuh hati. Menjiwai amanah hari ini boleh menjadi batu loncatan untuk pencapaian luar biasa di masa depan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan