* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 12 Oktober 2025

TP 2826 TITIK POSITIF HARI 267 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2826
TITIK POSITIF HARI 267 2025M
26 Sept 2025M
TITIK POSITIF HARI 92 1447H
4 Rabiul Akhir 1447H
Jumaat


ADAKAH KITA PENYELIA YANG BAIK

Masa kita muda dulu, kita mesti pernah jadi seperti orang baharu. Sekarang tiba masa kita untuk membimbing mereka.

Melihat diri sendiri dalam diri orang lain.
Pernahkah kita terpandang orang baharu yang keliru, terkial-kial nak buat kerja. Cara mereka berjalan, cara mereka bertanya soalan, itu semua mengingatkan kita pada diri sendiri suatu ketika dahulu.

Mula Bingung
Dahuku, kita juga pernah berada di tempat mereka : bingung, serba tak tahu dan asing dengan sistem serta rakan sekerja. Ketika itu, apa yang paling kita harapkan? Penyelia yang baik. Pembimbing yang sabar.

Penyelia Impian
Kita mahukan penyelia yang tidak marah bila kita bertanya, tidak menyindir bila kita silap. Seorang yang sabar menerangkan sesuatu walaupun jawapan itu telah diulang berkali-kali.

Sekarang .. Giliran kita untuk memimpin.
Dulu.. jika kita bertuah, kita dapat penyelia yang baik. itu rezeki. Kini, kita senior, giliran kita pula untuk menjadi penyelia yang baik kepada staf baharu.
- Elakkan kesilapan yang lalu. Jangan biarkan mereka mengulangi kesilapan yang pernah anda lakukan.
- Panduan yang betul. Jangan biarkan mereka kecewa dengan dunia kerja kerana tiada bimbingan.

Jadilah permulaan baharu kepada mereka.
Jika dulu tiada siapa peduli saat kita tercari-cari, jangan ulangi sejarah itu pada orang lain. Jadilah permulaan baru untuk mereka.
- Sambut dengan senyuman, bukan sindiran.
- Bimbing dengan sedar, bukan meninggi suara.

Lahirkanlah insan hebat daripada bimbingan
Orang yang bagus tidak lahir hanya dengan latihan semata-mata. Orang yang bagus lahir bila dia bertemu dengan orang yang baik.
- Potensi Murni : Setiap individu memiliki potensi yang menunggu untuk dicungkil.
- Hubungan Baik : Bimbingan positif membentuk keyakinan dan kemahiran.
- Kejayaan Terbukti : Orang yang baik menghasilkan orang yang hebat.

Kita bermula dengan diri senidri.
Ingat, insan yang baik itu bermula dengan kita sendiri. Jadilah pemangkin perubahan positif di tempat kerja kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan