* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 4 Januari 2026

TP 2873 TITIK POSITIF HARI 314 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2873
TITIK POSITIF HARI 314 2025M
12 Nov. 2025M
TITIK POSITIF HARI 139 1447H
21 Jamadil Awwal 1447H
Rabu

Payung akan digenggam erat pada ketika hujan turun. Ia akan ditinggalkan saat hujan mula reda. 
Dari situlah kita boleh mengambil pengajaran yang berharga. Begitulah hidup dan manusia. Ramai yang datang hanya pada ketika memerlukan, namun akan pergi bila tidak diperlukan lagi.
Padahal kehadiran yang tulus bukan diukur pada musim atau keadaan, bahkan dari hati yang tetap setia meskipun tidak lagi diminta.
Payung... mungkin diam dan tidak pernah mengeluh, namun ia selalu setia meneduhkan meskipun ia tahu setelah hujan berhenti, dirinya akan disihkan dan dilupakan.
Dari sinilah kita belajar erti ketulusan, terus berguna dan menjadi pelindung tanpa harus dikenal. Tetap bertahan meskipun tidak tidak lagi dihargai.
Hidup akan lebih indah jika kita belajar menghargai setiap payung yang pernah meneduhkan langkah kita di tengah badai kehidupan. 
Sebab tidak selamanya hujan turun dan tidak selamanya ada seseorang yang selalu berdiri disamping kita. 
Saat dunia tidak bersahabat, jangan menunggu kehilangan untuk belajar menghargai kerana apa yang tulus hari ini mungkin tidak akan kembali pada hari esok.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan