* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 9 Januari 2026

TP 2879 TITIK POSITIF HARI 320 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2879
TITIK POSITIF HARI 320 2025M
18 Nov. 2025M
TITIK POSITIF HARI 144 1447H
27 Jamadil Awwal 1447H
Selasa

BILA ANAK MULA TUTUP PINTU

Anak tidak selalu melawan dengan suara. Kadang-kadang mereka hanya mula tutup pintu, perlahan-lahan menjauh daripada kita.
Bila dia tidak jawab macam biasa ... bila dia tidak mahu duduk lama di ruang tamu.
Itu bukan hanya perubahan umur. Itu petanda jiwa mereka sedang menjauh daripada kita.

Apa nak buat ?

Pandang mata anak bila bercakap.
Jangan gelak atau sindir bila anak buka cerita jujur.
Luangkan masa berdua, walaupun 5 minit.
Tanya " Kau ok tak? dan dengar sampai habis.
Jangan paksa mereka buka pintu, tetapi buat mereka terasa kita sedia menunggu di luar dengan jiwa yang terbuka.

Pintu yang tertutup bukan tanda benci, tetapi kadang-kadang ia adalah jeritan sunyi .."tolong faham aku."
Pernah tak satu hari, anak kita diam saja? Dan kita tidak tahu kenapa... 

Buka semula satu pintu yang tertutup... Ketuk pintu bilik anak dan tanya " Kau ok? Ajak dia makan bersama walau sekejap.
Tulis nota pendek dan letakkan di tempat yang dia akan jumpa. "Ibu abayh rindu anak yang ceria dulu."

Kenapa pintu itu adalah dinding kubu terakhir?
Rumah bukan lagi tempat berlindung. Bila anak sendiripun tidak mahu pulang ke jiwa kita.
Musuh akhir zaman tidak perlu senjata. Mereka hanya perlu tunggu kita eka.. hingga anak-anak mencari keluarga di luar yang lebih faham mereka.

Kubu terakhir umat bukan di parlimen, bukan di medan perang, tetapi di sebalik satu pintu yang sedang anak kita tutup sekarang.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan