Salam Mahabbah
TP 2881
TITIK POSITIF HARI 322 2025M
20 Nov. 2025M
TITIK POSITIF HARI 146 1447H
29 Jamadil Awwal 1447H
Khamis
AURA SEORANG KETUA
Ketua yang dihormati, tidak perlu menjerit, tidak perlu mengugut, tidak perlu bermain kuasa.
TP 2881
TITIK POSITIF HARI 322 2025M
20 Nov. 2025M
TITIK POSITIF HARI 146 1447H
29 Jamadil Awwal 1447H
Khamis
AURA SEORANG KETUA
Ketua yang dihormati, tidak perlu menjerit, tidak perlu mengugut, tidak perlu bermain kuasa.
Dia dihormati kerana siapa dia, bukan kerana jawatannya.
Dia tenang bila orang lain panik, bukan sebab dia tidak ambil tahu, tetapi kerana dia tahu orang mencari ketenangan dalam kepimpinan.
Dia tenang bila orang lain panik, bukan sebab dia tidak ambil tahu, tetapi kerana dia tahu orang mencari ketenangan dalam kepimpinan.
Dia tegas tetapi tetap adil. Bila dia bercakap, orang dengar, bukan sebab takut, tetapi sebab rasa dihormati.
Dia menunjukkan contoh sebelum memberi arahan.
Dia tidak menyuruh orang lain buat, hal yang dia sendiri tidak sanggup buat.
Orang ikut bukan sebab arahan, tetapi sebab rasa malu kalau tidak ikut.
Dia hormati semua orang dari pekerja paling bawah hingga yang paling atas.
Dia tidak pilih kasih. Dia tidak pilih bulu, sebaliknya menghargai semua orang.
Dia tahu bila nak tegur. Teguran yang dibuat, tidak memalukan, bahkan membina.
Orang yang ditegur rasa nak jadi lebih baik, bukan nak lari.
Dia memberi ruang untuk orang bersuara.
Dia tahu idea bagus boleh datang dari mana-mana.
Dia dengar sebelum dia menilai.
Dia tidak mencari salah untuk menjatuhkan.
Dia mencari potensi untuk diangkat.
Dia melihat apa yang staf boleh jadi, bukan semata-mata apa yang staf pernah buat salah.
Aura dia bukan datang daripada nada suara. Aura dia datang dari konsistensi tindakan.
Orang rasa selamat. Orang rasa percaya.
Orang akan rasa nak bekerja sama-sama dalam satu pasukan.
Ketua yang ditakuti mungkin dapat keputusan cepat, tetapi ketua yang dihormati akan membina pasukan yang kekal kuat bertahun-tahun.
Kepimpinan perlu melalui teladan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan