* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 11 Januari 2026

TP 2893 TITIK POSITIF HARI 334 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2893
TITIK POSITIF HARI 334 2025M
2 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 158 1447H
10 Jamadil Akhir 1447H
Selasa

Surah Yasin mengajarkan kita bahawa tidak ada masalah kita bersendirian, selama mana kita berada di jalan yang benar.
Kadang-kadang kita merasa terasing, merasa berbeza, diabaikan atau bahkan ragu ketika tiada orang yang mendokong perjalanan kita.
Mungkin di sekitar kita ada yang mencemuh, mengkritik atau membuatkan kita rasa tidak cukup baik.

Surah Yasin mengingatkan kita apa yang penting adalah Allah SWT, bukan pendapat orang lain.
Ketika kita berada di jalan yang lurus, meskipun langkah terasa berat dan kita berjalan seorang diri, percayalah bahawa kita tidak pernah benar-benar sendirian. Allah SWT selalu bersama kita dan itu lebih daripada cukup.

Dalam surah Yasin, kita diajarkan untuk tetap teguh untuk terus berjalan meskipun dunia ragu dan menghakimi. Tetaplah percaya bahawa Allah SWT tahu setiap detik perjuangan kita. Dia akan menunjukkan jalan terbaik untuk kita, tepat pada waktu yang Dia kehendaki.
Ingatlah ... ingatkan hati kita bahawa di akhir perjalnan, yang akan kita temui bukanlah pujian atau penilaian orang, tetapi Allah SWT Yang Maha Mengerti.
Apakah itu membuatkan perjalanan kita lebih ringan? Tentunya tidak...

Kadang-kadang, perjalanan terasa sangat berat. Namun, dengan keyakinan itu, kita boleh terus melangkah, yakin bahawa apapun yang terjadi, Allah SWT selalu mempunyai rencana yang lebih indah.

Jika kita merasa sendiri dalam perjalanan ini, atau sering merasa ragu dengan langkah-langkah kita, tadabburlah Surah Yasin.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan