Salam Mahabbah
TP 2897
TITIK POSITIF HARI 338 2025M
6 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 162 1447H
14 Jamadil Akhir 1447H
Sabtu
SENYUM DI SAAT DIMALUKAN
Kita salah seorang yang hadir kerjja paling awal.
Kita bekerja paling teliti.
Tetapi hari itu ...
Kita dimarahi depan semua orang. Disindir dalam mesyuarat seolah-olah hasil kerja kita tidak pernah bermakna.
Pada saat itu ... mungkin kita ingin berbicara.
" Boleh tak kalau bincang hanya dengan empat mata? "
Tapi .. kita hanya tersenyum kerana kita tahu :
"Kalau aku berikan reaksi, aku akan dilihat terlalu emosional."
"Kalau aku melawan, aku akan dianggap tidak profesional."
Jadi.. diam adalah langkah paling selamat. Kita tahan .. kita telan semuanya dengan senyum tipis dan mata yang tertunduk.
Bukan kerana kita tidak mempunyai harga diri, tetapi kerana kit atahu, harga diri kita tidak boleh rosak hanya kerana seorang yang berbicara tanpa kawal.
Dunia profesional membentuk kita secara diam ..
- kita belajar tersenyum pada saat kritikal dimalukan.
- kita tetap berhubung dengan orang yang tadi telah membentak kita.
- kita tetap menyelesaikan tugasan dengan rapi padahal maruah kita dijatuhkan di depan orang ramai.
Semua itu kita lakukan bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita sedang menyelamatkan martabat kita sendiri dengan cara yang paling dewasa.
Antara tip yang boleh kita amalkan :
1. Simpan Emosi dulu.. Bukan untuk balas, tapi untuk belajar.
Jangan membalas. Jangan memberikan reaksi spontan. Tuliskan ... rasakan .. olah dalam diam.
2. Reaksi tenang adalah cara yang paling lembut untuk membuatkan pelaku dilihat kecil.
3. Jangan cari pembelaan, bangun kreadabiliti perlahan-lahan. Kita tidak perlu meyakinkan semua orang bahawa kita benar.
4. Ingat ... kita tidak akan dikenang daripada bagaimana cara kita diperlakukan, tetapi daripada cara kita memberikan respon kepada perlakuan tersebut.
Orang yang memalukan kita, mungkin telah lupa, tetapi orang-orang yang melihat, tidak akan lupa bahawa kita tetap tenang, tetap tegak, tetap waras.
Bekerja di dunia profesional bukan hanya soal sasaran, skill atau pencapaian, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri tetap utuh di tengah sistem yang kadang-kadang kejam dalam diam.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan