* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 25 Januari 2026

TP 2903 TITIK POSITIF HARI 344 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2903
TITIK POSITIF HARI 344 2025M
12 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 168 1447H
20 Jamadil Akhir 1447H
Jumaat


Isteri kuat membebel bukan tanda dia benci, tapi tanda sistem otak dia sedang 'Overheating'
Ramai suami mengeluh isteri suka cari pasal, sikit-sikit nak merajuk, dan mulut tak berhenti 'pot pet'. 

Apa yang kita nampak sebagai bebelan, sebenarnya adalah manifestasi daripada Mental Load atau Beban Mental yang tidak kelihatan.

Lelaki otak mereka ada kotak-kotak (compartmentalized). Bila rehat, dia boleh masuk 'Nothing Box' dan kosongkan fikiran.

Tapi otak wanita ibarat pelayar internet yang ada 50 'tab' terbuka serentak.
Di sebalik diam mereka, otak mereka sedang memproses:
1. Jadual makan anak.
2. Stok pampers tinggal sikit.
3. Bil air dah bayar ke belum.
4. Emosi suami okey ke tak.

Ditambah pula dengan trauma fizikal bekas melahirkan anak. Urat putus, hormon huru-hara, dan parut pembedahan yang mungkin masih terasa ngilu waktu hujan. Mereka pernah bertarung nyawa demi zuriat.

Jadi bila dia bising, itu bukan serangan peribadi. Itu adalah jeritan minta tolong. Sistemnya dah tepu.

Ubatnya bukan suruh mereka diam.
Ubatnya adalah validasi. Peluk mereka, dan tanya "Sayang penat? Ada apa abang boleh tolong?".

Hormon Oksitosin (hormon cinta) daripada pelukan suami mampu turunkan paras Kortisol (hormon stres) isteri dalam masa 20 saat.

Isteri yang tenang adalah magnet rezeki keluarga. Isteri yang stres adalah punca rumah rasa macam neraka. Pilihan di tangan suami.

- PHM -

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan