* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Rabu, 18 Februari 2026

TITIK POSITIF 2924 2 Januari 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 2924
2 Januari 2026M
12 Rejab 1447H
Jumaat

CIRI-CIRI ORANG YANG SUKA MENJATUHKAN ORANG LAIN

Bukan sebab kita lemah, tetapi sebab mereka terganggu.

1. Tidak pernah bina apa-apa tetapi paling lantang mengkritik. Orang yang sibuk buat kerja tidak ada masa mencari salah orang lain. Yang banyak bunyi selalunya paling kosong hasil.

2. Tidak suka tengok orang lain berkembang. Bila ada yang naik, mereka rasa diri mereka jatuh. Cara paling senang ialah cuba tarik orang itu turun.

3. Suka buat kesimpulan tanpa faham cerita penuh. Tidak bertanya, tidak mendengar, tetapi terus menghukum. Bukan sebab mereka yakin, tetapi sebab mereka malas berfikir.

4. Ego besar tetapi jiwa rapuh. Bila rasa tercabar, terus menyerang. Bila tidak setuju, terus menjatuhkan. Orang yang stabil tidak perlukan orang lain jatuh untuk rasa diri hebat.

5. Orang yang suka menjatuhkan orang lain sebenarnya sedang jatuh dalam hidupnya sendiri. Kita tidak perlu lawan, teruskan bina hidup kita. Yang menjatuhkan akan rasa penat. Yang membina, akan berjaya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan