Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 2976
23 Februari 2026M
5 Ramadan 1447H
Isnin
Seorang ibu boleh bertahan tanpa pasangan.
Dia berjalan sendiri bukan kerana tidak ingin ditemani, tetapi kerana keadaan memintanya kuat.
Ibu merangkap ayah kepada anak-anaknya.
Dia memeluk penatnya diam-diam memastikan anak-anaknya sejahtera.
Tetapi tidak ada yang benar-benar tahu betapa dia menelan kepenatan sendirian.
Betapa banyak tangisnya yang ditunda agar tidak terdengar di sebalik pintu kamarnya.
Dia jarang berbicara tentang rundunya. Jaran mengeluh tentang sepinya.
Dia seperti lupa caranya memikirkan diri sendiri.
Bahagianya sederhana.. anak-anaknya makan cukup, sekolah dengan tenang, tidur tanpa takut.
Tentang dirinya? disimpan entah sampai bila?
Dalam kesunyian malam, dia menadah .. " Ya Allah, jangan biarkan aku jatuh selagi anak-anak memerlukanku.
Namun Allah SWT Maha Mendengar dan berjanji untuknya dalam surah Al-Insyirah : 6.
Penatnya dicatat.
Air matanya disaksikan.
Dan Allah SWT tidak pernah meninggalkan dia sendirian.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan