* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 17 Februari 2026

TP 2919 TITIK POSITIF HARI 360 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2919
TITIK POSITIF HARI 360 2025M
28 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 184 1447H
6 Rejab 1447H
Ahad

KITA TIDAK PERLU JADI BOS, CUMA PERLU JADI BERNILAI

Bagaimana tu?

1. Jadilah orang ada pilihan. kalau kita boleh pilih nak kerja di mana, pilih nak cuti bila, pilih nak hidup macam mana. Itu lebih mahal daripada jawatan bos.

2. Jadilah orang yang ada nilai. Bukan semua orang perlu perniagaan. Tetapi semua orang perlu ada skill yang orang lain sanggup bayar.

3. Jadilah orang yang bijak urus duit. Ramai bospun ada masalah kewangan. Ramai staf biasa yang kaya senyap.
Kaya bukan sebab jawatan, tetapi sebab ...
- kawal perbelanjaan
- pandai simpan.
- bijak membuat pelaburan
- tidak buat hutang bodoh

4. Jadilah orang yang tidak bergantung pada satu sumber sahaja. 

5. Jadilah orang yang tenang dan cukup. Kadang-kadang orang yang tidak jadi bos, boleh hidup lebih bahagia kerana ...
- kurang stress
- kurang tanggungjawab
- masa dengan keluarga lebih banyak
- jiwa lebih tenang

Kita tidak perlu jadi bos. Kita cuma perlu jadi versi terbaik untuk diri sendiri... yang ada skill, ada nilai, ada pilihan, ada masa dan ada ketenangan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan