* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 17 Februari 2026

TP 2922 TITIK POSITIF HARI 363 2025M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TP 2922
TITIK POSITIF HARI 363 2025M
31 Disember 2025M
TITIK POSITIF HARI 187 1447H
9 Rejab 1447H
Rabu

TIADA TEMPAT KERJA YANG 100% SELESA


Ramai orang keluar masuk pekerjaan atas satu alasan klasik iaitu tidak selesa. Bos garang, rakan sekerja tidak sekepala, tekanan tinggi, atau waktu kerja yang padat. Hakikatnya mudah, tidak ada tempat kerja yang benar-benar selesa. Dunia kerja bukan tempat bercuti, tetapi medan latihan. Di situlah kita diuji, ditempa, dan dipaksa berkembang dalam keadaan tidak selesa.
Masalahnya, terlalu ramai mencari zon selesa di tempat yang memang dicipta untuk mencabar. Akibatnya, mereka tidak pernah bertahan lama, tidak pernah matang, dan akhirnya tidak pernah naik tahap. Jika kita mahukan hidup yang lebih baik, belajarlah bertahan dalam ketidakselesaan.

1. Tempat kerja bukan taman permainan, tetapi tempat membentuk mental

Kita tidak dibayar untuk rasa selesa. Kita dibayar kerana mampu menanggung tekanan, menyelesaikan masalah, dan memberi nilai. Setiap oragnisasi ada cabaran, setiap pasukan ada drama, dan setiap pekerjaan ada risikonya. Nilai diri kita diukur bukan pada seberapa kerap kita mengeluh, tetapi sejauh mana kita mampu menyesuaikan diri.
Orang yang tahan lasak sentiasa selangkah ke hadapan berbanding mereka yang hanya mencari suasana selesa. Dunia kerja itu keras, dan yang bertahan bukan semestinya paling bijak, tetapi paling sabar menghadapi ketidakselesaan.

2. Keselesaan sering menipu dan membuatkan kita statik

Ramai terperangkap dalam pekerjaan yang nampak “selamat”, tetapi perlahan-lahan mematikan semangat. Mereka berhenti belajar, berhenti mencuba perkara baharu, dan akhirnya kehilangan makna. Inilah perangkap paling halus, tenang di luar, mati perlahan di dalam.
Apabila kita mula rasa terlalu selesa, itu tanda bahaya. Tanda kita berhenti berkembang. Sebaliknya, mereka yang berani menghadapi tekanan, belajar daripada konflik, dan menyesuaikan diri dengan perubahan, merekalah yang membuka peluang masa depan lebih besar. Jadi, berhentilah mengejar keselesaan.

3. Tidak suka tekanan bukan alasan untuk berundur, tetapi panggilan untuk berkembang

Tekanan di tempat kerja bukan musuh, tetapi jurulatih. Ia memaksa mental kita bekerja lebih keras, menguji kesabaran, dan membentuk kematangan yang tidak boleh dipelajari melalui teori. Tanpa tekanan, kita tidak belajar disiplin dan tidak mengenal batas kemampuan diri.
Kita boleh lari daripada tekanan hari ini, tetapi kita akan menemuinya semula di tempat lain. Di mana sahaja kita bekerja, cabaran tetap akan ada. Jadi daripada melarikan diri, belajarlah menaklukkannya. Semakin kerap kita melatih diri menghadapi tekanan, semakin kuat mental profesional kita.

4. Rasa tidak selesa adalah tanda kita sedang naik tahap

Apabila kerja mula membuatkan kita letih, keliru, atau tertekan, itu bukan tanda kita silap jalan, tetapi petanda kita sedang belajar sesuatu yang penting. Semua orang berjaya pernah berada di fasa ini, bezanya, mereka tidak berhenti.
Ketidakselesaan adalah sebahagian daripada proses pendewasaan, bukan isyarat untuk menyerah. Jika setiap kali susah kita berundur, kita tidak akan sampai ke tempat baharu. Selesa memang menyenangkan, tetapi tidak pernah menjadikan kita hebat. Ketidakselesaanlah bahan bakar pertumbuhan.

5. Rezeki datang kepada mereka yang tahan dengan ketidakselesaan

Semakin besar tanggungjawab dan tekanan yang mampu kita tanggung, semakin tinggi nilai kita di dunia kerja. Rezeki tidak datang kepada mereka yang hanya mencari keselamatan, tetapi kepada mereka yang sanggup memikul beban lebih besar.
Berhentilah mencari pekerjaan yang selesa. Mulalah mencari peranan yang mencabar kita untuk jadi lebih baik. Hidup tidak akan pernah sepenuhnya selesa, begitu juga pekerjaan. Kerana kerja bukan tempat mencari keselesaan, tetapi tempat membina ketahanan. Mereka yang berani menghadapi kerasnya dunia kerja akan membesar menjadi insan yang kuat dan bernilai tinggi.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan