* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 10 Mac 2026

TITIK POSITIF 2989 8 Mac 2026M

 Assalamu a'laikum wrth

Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 2989
8 Mac 2026M
18 Ramadan 1447H
Ahad


PEMIMPIN BERKESAN vs THE HERO PARADOX

Ramai pemimpin rasa mereka hebat apabila menjadi "pemadam api" untuk setiap masalah, sedangkan hakikatnya mereka sedang mencipta budaya pergantungan yang melumpuhkan pasukan.

Kalau kita seorang pemimpin...
  • Kalau semua perkara perlu melalui kita, itu tandanya kita bukan seorang pemimpin.

  • Kalau semua keputusan mesti datang daripada kita, itu bukan tanda kita hebat.

  • Itu tandanya pasukan kita tidak mempunyai ruang untuk berfikir.

Mungkin pada satu ketika, kita ingin sentiasa nampak diperlukan. Akhirnya, semuanya kita kawal. Sedar tak? Pasukan kita jadi takut salah. Takut ambil inisiatif. Takut membuat keputusan. Lalu kita kata pasukan kita kurang proaktif.

Sebenarnya, mereka telah terbiasa dikawal atau disuap. Kepimpinan bukan pusat segalanya. Kepimpinan itu membangunkan sistem yang tetap berjalan walaupun kita hanya diam.

Kenapa "Control Freak" Itu Merbahaya?

Apabila seorang pemimpin menjadi pusat kepada semua keputusan (bottleneck), dua perkara buruk akan berlaku:

  1. Burnout Pemimpin: Kita akan letih mental kerana kapasiti otak manusia ada hadnya.

  2. Lumpuh Kreativiti: Pasukan kita menjadi "robot" yang hanya menunggu arahan. Mereka hilang rasa ownership (rasa memiliki) terhadap kerja tersebut.

Kepimpinan adalah tentang membina sistem. Pemimpin yang berkesan sebenarnya adalah seorang Arkitek, bukannya seorang Operator.

  • Delegasi Bukan Sekadar Serah Tugas: Ia adalah penyerahan kuasa (empowerment).

  • Psikologi Selamat (Psychological Safety): Pasukan berani buat keputusan kerana mereka tahu kalau salah, mereka akan dibimbing, bukan dihukum.

  • Succession Planning: Pemimpin yang hebat melahirkan lebih ramai pemimpin, bukan lebih ramai pengikut.

Kalau kita rasa penat memimpin seorang diri, mungkin kerana pola delegasi kita yang salah. Buatlah refleksi terhadap pasukan sekarang sebelum rasa malas dan putus asa mula menguasai diri.

"Adakah organisasi kita akan terus berjalan lancar jika kita bercuti tanpa akses telefon selama sebulan?"

Jika jawapannya TIDAK, maka itu masanya untuk kita melihat semula cara kita memimpin. Kepimpinan bukan tentang seberapa kuat suara kita memberi arahan, tapi seberapa jauh impak kita kekal walaupun kita tiada di situ.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan