* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Ahad, 15 Mac 2026

TITIK POSITIF 2996 15 Mac 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 2996
15 Mac 2026M
25 Ramadan 1447H
Ahad



HARUS DIINGAT...

Memimpin tidak semestinya selalu membela sistem. Kadang-kadang, apa yang paling diperlukan ialah keberanian untuk membela manusia. Pemimpin yang baik bukanlah yang paling keras menjaga sistem yang berubah-ubah, tetapi mereka yang mampu membuat pertimbangan antara sistem, birokrasi, nilai, keberkatan, dan hati.

Jangan meremehkan doa orang di bawah kita. Boleh jadi lisannya diam, tetapi langit mendengar setiap keluhan yang lahir daripada setiap kepenatan dan ketidakadilan. Apa yang kita anggap mudah di dunia, sering kali menjadi perkara serius di hadapan Allah SWT.

Ingatlah bahawa peraturan dunia yang berbolak-balik hanyalah titipan yang singkat, sedangkan hisab Allah SWT jauh lebih lama. Jika kepimpinan kita membuatkan ramai hati terluka dan iklim organisasi menjadi tidak sihat, maka bersiaplah kerana kelak, pertimbangan Yang Maha Adil akan tetap ada.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan