* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 24 Mac 2026

TITIK POSITIF 3003 22 Mac 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3003
22 Mac 2026M
2 Syawal 1447H
Ahad


NARATIF POSITIF YANG SEMAKIN MEMUDAR

Dunia hari ini bergerak sepantas kilat, namun di sebalik kemajuan teknologi dan kecanggihan material, ada sesuatu yang sedang perlahan-lahan runtuh iaitu naratif positif dalam jati diri manusia. Apa yang dahulunya menjadi pasak kekuatan masyarakat seperti amanah, ilmu, dan adab, kini dilihat semakin hambar, malah dianggap ketinggalan zaman.

Ini telh membawa kepada kerosakan nilai kepercayaan dan penipuan diri sendiri.
Asas kepada mana-mana tamadun yang berjaya adalah kepercayaan. Namun, hari ini kita menyaksikan keretakan nilai ini di semua peringkat. Kita hidup dalam era di mana "janji" hanyalah sekadar pemanis kata.

Lebih parah lagi apabila kita mula tertipu dengan penipuan diri sendiri. Kita sering mencipta alasan untuk menghalalkan tindakan yang salah demi kepentingan peribadi. Kita meyakinkan diri bahawa integriti boleh dikompromi asalkan matlamat tercapai, sehingga akhirnya kita kehilangan kompas moral yang sebenar.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan