Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3013
1 April 2026M
12 Syawal 1447H
Rabu
Kisah Gajah yang Terikat Tali (Mentaliti Terperangkap)
Seorang lelaki hairan melihat gajah yang besar hanya diikat dengan tali nipis pada kakinya dan tidak melarikan diri. Pemiliknya menjelaskan bahawa gajah itu diikat dengan tali yang sama sejak kecil. Waktu itu, gajah kecil tidak mampu memutuskan tali tersebut. Apabila sudah besar, gajah itu tetap "percaya" bahawa dia masih tidak mampu memutuskannya, walaupun hakikatnya dia sangat kuat.
Pengajarannya ramai orang tidak berjaya bukan kerana tidak mampu, tetapi kerana mereka percaya mereka tidak boleh berdasarkan kegagalan lalu. Jangan biarkan "tali" kegagalan masa lalu menghalang potensi masa depan anda.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan