* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 11 April 2026

TITIK POSITIF 3020 8 April 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3020
8 April 2026M
19 Syawal 1447H
Rabu


YANG BISING SELALU NAMPAK MENANG

Bila lidah tidak dijaga, hati orang lain yang berdarah.
Yang bising selalu nampak menang. Yang diam selalu jadi mangsa.

Ada orang jenis cakap lepas. Mulut laju, sindiran tajam, suka cari salah orang, suka rasa diri paling betul. Bila orang depan dia diam, dia ingat dia hebat. Dia ingat dia menang. Padahal bukan semua orang diam sebab tak ada jawapan. Ada yang diam sebab sedang tahan hati daripada pecah.

Ini yang ramai tidak nampak.

Orang yang pendiam selalunya bukan lemah. Dia cuma tak suka bergaduh. Dia tak pandai melawan dengan mulut kasar. Dia pilih untuk simpan, telan, dan cuba tenang. Tapi setiap kali dia dihina, diperli, dijadikan bahan, semua itu tetap masuk ke hati. Tetap tinggal kesan.

Lagi menyakitkan bila orang yang sibuk menghukum itu pun bukan sempurna mana. Nampak salah orang, sibuk buka cerita, sibuk ulas hidup orang, seolah-olah dia pula ditugaskan jadi hakim untuk dosa manusia lain. Sedangkan dia sendiri masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki. Menegur bukan salah. Tapi bila teguran hilang adab, itu bukan lagi nasihat. Itu hanya luka yang dibungkus dengan rasa suci.

Kadang-kadang orang seperti ini jadi berani kerana selama ini tiada siapa melawan. Dia sangka diam orang lain itu tanda kalah. Dia tak tahu diam itu kadang-kadang cuma usaha terakhir untuk kekal waras dan tidak turun ke tahap yang sama.

Kalau anda berada di tempat orang yang pendiam ini, ingat satu benda. Anda tidak wajib menjawab semua benda. Tapi anda juga tidak wajib terus membiarkan diri dipijak. Jaga jarak. Kurangkan ruang untuk orang toksik masuk ke emosi anda. Jangan kongsi terlalu banyak dengan orang yang suka guna kelemahan orang sebagai modal cerita. Dan bila hati sudah terlalu penat, carilah seseorang yang matang untuk anda luah. Bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi supaya diri anda sendiri tidak tenggelam diam-diam.

Kepada yang suka cakap lepas, suka sindir, suka rasa diri paling betul, tolong faham. Tidak semua orang yang diam itu tak terasa. Ada yang senyum di depan anda, tapi balik rumah menangis sebab mulut anda.

Dan kepada follower yang berkongsi ini, anda tak salah kerana terasa. Anda cuma sedang berdepan manusia yang gagal menjaga lidah. Jangan benarkan perangai orang lain membuat anda rasa diri anda kecil. Orang yang suka merendahkan orang lain selalunya sedang cuba membesarkan dirinya sendiri.

Kadang-kadang orang yang pendiam tak perlukan banyak nasihat. Dia cuma perlukan satu ruang yang membuat dia rasa, “aku bukan seorang.”

- PublicHealthMalaysia -

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan