Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3025
13 April 2026M
24 Syawal 1447H
Isnin
PERANGKAP BUDAYA DALAM PENDIDIKAN
1. Antara pengalaman menarik yang saya alami dalam pengurusan pendidikan ialah pengalaman berhadapan dengan program, aktiviti, peraturan atau amalan organisasi yang kehilangan punca sebenar KENAPA semua itu diwujudkan dan diamalkan.
2. Kalau kita tanya kepada mereka yang telah lama dalam organisasi itu, jawapannya, dia pun tak pasti tapi menurut mereka inilah yang digunapakai dan diamalkan sejak dahulu sebelum dia ada di situ lagi. Lebih menarik pula kita akan mendapat pelbagai naratif dan jawapan. Selepas itu kita mungkin ambil jalan mudah, akur dengan kebiasaan tersebut atau berhadapan risiko berbeza dengan kebiasaan amalan organisasi berkenaan.
3. Inilah sisi menarik organisasi apabila sesuatu perkara atau amalan itu telah menjadi kebiasaan yang mengakar iaitu BUDAYA ORGANISASI. Oleh sebab itulah cabaran besar dalam perubahan dalam pendidikan ialah perubahan budaya yang memerlukan kesabaran dan masa berbanding perubahan struktur.
4. Sebenarnya susulan daripada cabaran budaya itu saya juga berhadapan dengan cabaran lain yang lebih mencabar iaitu cabaran PERANGKAP SISTEM. InsyaAllah saya bincangkan dalam perkongsian akan datang.
- Dr Amin Senin -
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan