* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 28 April 2026

TITIK POSITIF 3039 27 April 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3039
27 April 2026M
9 Zulkaedah 1447H
Isnin


Kadang-kadang kita lupa, orang yang kita sayang masih berdiri di depan mata, seolah waktu itu milik kita, seolah esok sentiasa ada.
Tetapi hidup ini tidak menunggu. Satu hari nanti, mereka akan pergi dan kita hanya tinggal dengan kenangan.

Maka rakamlah setiap momen. Bukan sekadar gambar, tapi video. Suara mereka, senyuman mereka, tawa mereka, cara mereka melihat dunia bersama kita.
Benda kecil yang dulu terasa biasa, kelak akan menjadi harta yang paling mahal.

Apabila kehilangan itu datang, menyerbu tanpa amaran. Ia bukan sekadar sedih, tapi campuran rindu, penyesalan, dan kekosongan yang sukar diungkap.

Detik-detik biasa, borak kosong, minum teh sama-sama, berjalan tanpa tujuan tiba-tiba menjadi kenangan paling berharga. Kita ingin kembali, tapi masa tidak menunggu.

Video yang pernah kita rakam menjadi penawar hati yang luka. Kita dengar suara mereka, kita lihat senyuman mereka, dan seketika, dunia terasa semula lengkap.

Kesedihan mendalam sebab kehilangan tidak hilang, tapi kita diberi ruang untuk merasai kembali kasih yang pernah wujud. Kadang tawa hadir, kadang air mata jatuh, tapi itu tanda cinta kita tetap hidup.

Rasa bersalah juga datang menyelinap. Kerana kadang-kadang kita terlalu sibuk, terlalu leka, terlalu ambil mudah. Tetapi itu sebahagian daripada kesediahan, bukti kita pernah benar-benar sayang.

Selagi masih ada masa, rakamlah momen-momen itu. Abadikan detik-detik kecil, kerana suatu hari nanti, ia akan menjadi cahaya dalam kegelapan rindu.

Video itu bukan sekadar memori, ia adalah penghubung kasih yang membolehkan kita kembali merasai kehadiran mereka, walau mereka telah tiada.

Kesediahan mengajar kita satu perkara : setiap saat bersama orang tersayang adalah berharga.
Dan apabila mereka pergi, momen yang pernah kita rakam menjadi saksi.
Suara mereka, senyuman mereka, dan kasih mereka, tetap hidup di hati kita, selamanya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan