* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 2 Mei 2026

TITIK POSITIF 3041 29 April 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3041
29 April 2026M
11 Zulkaedah 1447H
Rabu


Ramai orang bekerja keras, tetapi tidak berkembang.
Setiap orang mempunyai kesibukan harian, dan tafsiran tentang kesibukan itu berbeza-beza. Ada yang menganggap diri sibuk hanya kerana satu perkara; ada pula yang mampu mengurus banyak perkara serentak tanpa rasa terbeban. 
Itulah hakikat penerimaan dan penolakan dalam diri setiap individu.

Kita sibuk setiap hari. Tugasan diselesaikan, arahan dipenuhi, program, aktiviti dan mesyuarat bersilih ganti. Namun tanpa disedari, masa terus berlalu dan kita masih berada di tempat yang sama.
Bekerja keras sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin perubahan. 
Perkembangan berlaku apabila kita menggerakkan diri sendiri. 

Mereka yang sentiasa mengambil peluang akan terus berkembang.
Mereka tidak menunggu peluang, sebaliknya mencarinya. 
Sentiasa peka dan berani melangkah keluar daripada zon selesa, mencari pengalaman baharu, bekerjasama merentas fungsi dan memahami gambaran besar.
Mereka sentiasa belajar, meminta maklum balas dan memperbaiki diri.

Perkembangan diri adalah tanggungjawab peribadi, bukan semata‑mata tanggungjawab organisasi.
Tanya diri sendiri: apakah tindakan kecil yang boleh aku ambil hari ini untuk berkembang?

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan