* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 2 Mei 2026

TITIK POSITIF 3043 1 Mei 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3043
1 Mei 2026M
13 Zulkaedah 1447H
Jumaat


Bukan beban kerja tu yang paling meletihkan mental kita sampai rasa nak 'resign'.

Kadang-kadang, yang paling menguras tenaga dan buat jiwa rasa kosong ialah bila kita terpaksa bekerja dengan orang yang TERLALU BERKIRA

Sikap manusia berkira di tempat kerja:
🚩 Berkira masa (awal seminit tak boleh, lebih seminit merungut).
🚩 Berkira tenaga.
🚩 Berkira bantuan (tolong sikit, tapi mengungkit sampai tahun depan).
🚩 Berkira ilmu (kedekut nak ajar staf baru sebab takut orang lebih pandai).

Semua benda mahu ditimbang tara, seolah-olah setiap kebaikan yang dia buat itu adalah satu kerugian besar untuk hidup dia.

Bila kita terperangkap dalam suasana begini, badan mungkin ada di pejabat, tapi EMOSI KITA MULA PENAT DULU.

Kita jadi serba salah nak bertanya sebab takut dianggap menyusahkan. Kita jadi berat hati nak minta tolong, sebab takut 'hutang' budi itu dihitung satu persatu.

Lama-lama, tempat kerja yang sepatutnya jadi ruang saling menyokong, terasa macam penjara yang memaksa kita bertahan sendirian.

Dari sudut Psikologi Pekerjaan, orang yang berkira ini memusnahkan 'Keselamatan Psikologi' dalam pejabat.

Mereka buat suasana jadi dingin, kerja kumpulan jadi hancur, dan tugasan yang ringan terasa dua kali ganda lebih berat. Penat itu datang sebab otak dan hati kita terpaksa berjaga-jaga sepanjang masa supaya tak 'terhutang' apa-apa dengan mereka
Kerja di mana-mana pun akan sentiasa ada cabaran. Tapi bila kita dikelilingi rakan sekerja yang tahu bertimbang rasa, beban terasa sangat ringan.

Sebab dalam dunia yang sudah cukup memenatkan ini, sikap MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN itu juga adalah satu bentuk rezeki.

- PublicHealthMalaysia -

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan