* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 7 Mei 2026

TITIK POSITIF 3048 6 Mei 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3048
6 Mei 2026M
18 Zulkaedah 1447H
Rabu


TOXIC KEPADA DIRI SENDIRI

Tanpa sedar, kita boleh menjadi racun kepada emosi dan pemikiran sendiri.
Bila ?

- Bila kita terlalu kuat mengkritik diri sendiri. " Aku tidak bagus."
- Bila kita suka membandingkan realiti diri sendiri dengan orang lain yang terlalu jauh jurang persamaannya.
- Bila kita overthinking tanpa henti.
- Bila kita tidak memaafkan diri sendiri dan sukar untuk move on.
- Bila kita menolak perasaan sendiri.
- Bila kita abaikan keperluan tubuh. Contoh kurang tidur dan rehat.
- Bila kita abaikan emosi sendiri dengan lupa jaga diri.

Masalah bukanlah dunia luar, tetapi bagaimana cara kita melayan diri sendiri.
Belajarlah bercakap dengan diri sendiri secara lembut.
Terimalah emosi, bukan menolak.
Jagalah tubuh dan emosi.
Berilah ruang untuk sembuh.

Jangan menjadi tempat yang paling menyakitkan untuk diri sendiri.. jadilah tempat yang paling selamat untuk pulang.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan