Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3051
9 Mei 2026M
21 Zulkaedah 1447H
Sabtu
Tanda Mula Dipinggirkan atau Dibenci
1) Respon yang singkat dan dingin Setiap kali kita memulakan perbualan, dia menjawab dengan satu perkataan seperti “ooh”, “ok” atau “ya” sahaja tanpa meneruskan perbualan. Ini tanda awal ketidakselesaan atau penolakan. Interaksi mungkin terhenti serta-merta.
2) Bahasa tubuh yang tertutup Jika tangan disilangkan di dada, badan berpaling, atau dia sering melihat jam, itu tanda penolakan awal.
3) Keheningan yang canggung. Ada perbezaan antara keheningan yang selesa dan yang dipaksa. Jika suasana menjadi sunyi secara tiba-tiba apabila kita masuk, itu tanda ada sesuatu yang disembunyikan.
4) Tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan. Itu tanda nyata bahawa kita tidak termasuk dalam kelompok mereka.
5) Selalu menjadi bahan gurauan yang berlebihan Ada perbezaan antara bergurau dan merendahkan. Jika kelemahan kita sering dijadikan bahan gurauan walaupun di khalayak ramai, ia adalah tanda tidak dihormati.
Ingatlah, tidak disukai orang bukan bermakna kita orang jahat. Kadang-kadang ia hanya masalah ketidakserasian frekuensi atau kita berada dalam lingkungan yang salah.
Fokuslah pada mereka yang menerima kita seadanya.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan