* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Jumaat, 29 Mei 2026

TITIK POSITIF 3071 29 Mei 2026

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3071
29 Mei 2026
12 Zulhijjah 1447H
Jumaat


BAHAYA BERMUKA-MUKA : MUSUH DALAM SELIMUT, RACUN DALAM HATI

Dalam dunia yang penuh kepura-puraan, sifat bermuka dua (hipokrit) sering dianggap strategi untuk "survival". Namun, di sisi agama, ia adalah sifat paling buruk yang amat dimurkai Allah SWT.
Mengapa ia sangat berbahaya?
Ia bukan sekadar tidak jujur, si pelaku adalah seorang pembelot yang :

- Melaga-lagakan manusia demi kepentingan peribadi.
- Mencari keuntungan dan perhatian daripada pelbagai pihak.
- Menyembunyikan kebenaran di sebalik topeng kemuliaan.

"Kalian mendapati bahawa orang yang paling buruk di antara manusia adalah orang yang bermuka dua..."  (HR Ahmad: 7039)

Allah menjanjikan balasan buat mereka yang cuba menipu-Nya (Surah An-Nisa’: 142).
Pelaku akan berisiko menghidapi kecelaruan identiti (identity disorder).

Oleh itu ... kita perlu membenteng diri dengan sifat tawadduk (rendah diri) dan sentiasa membudayakan ucapan Alhamdulillah.
Syukur akan membuatkan hati tenang dan merasa cukup.
Ikhlas akan mematikan rasa dengki yang menjadi punca sifat bermuka-muka.

Jadilah muslim yang mempunyai satu wajah yang jujur. Ketulusan mungkin tidak membuatkan anda disukai semua orang, tetapi ia menjamin ketenangan jiwa dan keredaan Ilahi.
Semoga kita dijauhkan daripada menjadi atau dikelilingi oleh mereka yang bermuka muka / hipokrit / munafik.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan