* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Isnin, 8 Jun 2026

TITIK POSITIF 3081 8 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3081
8 Jun 2026M
22 Zulhijjah 1447H
Isnin


PENIPUAN DIRI SENDIRI

Kadang-kadang kita manusia boleh tertipu dengan diri sendiri yang boleh merosakkan integriti dan kompas moral kita.

Bagaimana ? ....

1) Kita mungkin sering mencipta alasan untuk membenarkan tindakan yang salah demi memenuhi kepentingan peribadi.

2) Kita mungkin pernah meyakinkan diri sendiri bahawa nilai integriti boleh dikompromi asalkan matlamat yang disasarkan tercapai, yang akhirnya melenyapkan kompas moral yang sebenar dalam diri kita.

3) Penipuan diri akan membuatkan kita berhalusinasi dan cuba meyakinkan diri bahawa kita sedang mencapai kemajuan, padahal hakikatnya kita telah terperangkap di dalam ilusi pencapaian yang palsu.

4) Bila kita tertipu dengan diri sendiri, kita akan menutup mata terhadap kelemahan peribadi dan bersikap enggan menerima sebarang teguran. Akibatnya, kebenaran digantikan dengan fantasi dan akhirnya kita membina dunia maya yang sangat rapuh.

5) Sikap menipu diri sendiri menjadi punca kepada kerosakan nilai kepercayaan dan naratif positif, menjadikan setiap janji kita sekadar pemanis kata.

Janganlah gitu deh ......

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan