* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 13 Jun 2026

TITIK POSITIF 3084 11 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3084
11 Jun 2026M
25 Zulhijjah 1447H
Khamis


BELAJAR MEMILIH MEDAN PERANG KITA

Tidak semua perkara yang kita pulun, akan dapat balik kepada kita. Jadi, belajarlah untuk memilih. Bukan semua perkara dalam hidup ini berbaloi untuk kita perjuangkan beria-ia.
Ada masanya, pilih diri sendiri tu bukan sebab kita mementingkan diri, tapi itulah satu-satunya cara untuk jaga kewarasan dan kebaikan diri kita sendiri.

Mulakan 'Filter' Hidup Kita ... 
Pintu? Tidak semuanya kita kena ketuk.
Tepi kain orang? Tidak semua cerita kita wajib tahu.
Ajakan? Tidak semua pelawaan kita kena iakan.
Manusia? Tidak semua orang layak untuk kita ambil peduli atau simpan dalam kepala.

Tahu Bila Waktunya Nak Undur Diri ...
Bila kebaikan kita dipandang sepi, itu 'red flag' jelas yang kita sedang berada di tempat yang salah.
Kalau kehadiran atau hati kita dah ditolak, jangan paksa diri untuk terus bertahan.
Bila dah mula dibenci, lepaskan sahaja. Sebab apa-apa yang kita paksa, akhirnya cuma akan melukakan diri sendiri.

Hidup ini terlalu singkat untuk gembirakan hati semua orang sampai jiwa sendiri terabai. "Prioritize peace over drama"

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan