* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Sabtu, 20 Jun 2026

TITIK POSITIF 3091 18 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3091
18 Jun 2026M
2 Muharram 1448H
Khamis


BERKIRA-KIRA MELEBIHI 100%
(Falsafah Ihsan dan Integriti Tertinggi)

Satu prinsip hidup yang berteraskan ihsan dan keimanan..
Pendekatan "berkira-kira untuk buat lebih 100%" sebagai back-up adalah cerminan sifat Ihsan iaitu kita bekerja seolah-olah Allah SWT sedang melihat kita. Apabila kita meletakkan standard bahawa kerja itu adalah amanah yang akan ditimbang di akhirat, kita tidak lagi bekerja untuk mengejar KPI organisasi semata-mata, sebaliknya kita mengejar "KPI" Tuhan. Kesedaran bahawa "tiada peluang kedua" di akhirat adalah motivasi terhebat untuk memastikan tiada kecacatan dalam amanah yang digalas.

Imam As-Syafie dan konsep ihtiyati (langkah berjaga-jaga) dalam wuduk adalah satu analogi yang sangat cantik dan mudah difahami.
Dalam ibadah, kita melebihkan basuhan anggota wuduk untuk memastikan tiada walau seincipun ruang wajib yang terlepas, agar wuduk kita sah.

Manakala dalam pekerjaan/perkhidmata pula, kita melebihkan usaha (110%) untuk "menutup" mana-mana lompong, kesilapan yang tidak disengajakan, atau kekurangan fokus semasa bekerja (yang mungkin hanya 90%) atau kurang daripada itu. Lebihan usaha itu menebus kekurangan tersebut agar rezeki dan gaji yang diterima benar-benar halal dan berkat.

Ubah "Beban" Menjadi "Lubuk Pahala". Di akhir zaman ini memang wujud budaya di mana ramai yang lebih pandai memberi alasan berbanding hasil kerja. Walau bagaimanapun, dengan penetapan minda (mindset) yang posotof, bebanan kerja tidak lagi dilihat sebagai satu penyeksaan atau eksploitasi, tetapi sebagai ladang amal jariah. Contoh :

- Bantu siapkan kerja rakan (sedekah tenaga).
- Datang awal atau pulang lewat sedikit untuk kemaskan tugasan. (sedekah masa).
- Menyelesaikan masalah organisasi  untuk manfaat kepada orang ramai.

Pemikiran "berkira-kira untuk lebih 100%" adalah penawar kepada budaya kerja moden yang semakin individualistik. Jika setiap pekerja atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada kita mempunyai mentaliti ini, kita bukan sahaja akan melahirkan organisasi yang cemerlang, malah yang lebih penting, kita sedang membina jambatan yang teguh ke syurga. Ia adalah satu pemikiran yang meletakkan keberkatan mengatasi segalanya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan