Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3095
22 Jun 2026M
6 Muharram 1448H
Isnin
MARAH ITU NORMAL, TAPI CARA KITA MENGURUSNYA AKAN MENENTUKAN
SIAPA DIRI KITA
Ada orang kalah kerana musuh.
Ada juga yang kalah kerana gagal mengawal emosi sendiri.
Hakikatnya, marah bukan masalah.
Yang menjadi masalah ialah apabila marah itu mengawal kita.
Bila marah, akal kita boleh “dirampas” oleh emosi.
Ketika marah memuncak, emosi boleh mengambil alih logik.
Fikiran jadi sempit. Kata-kata jadi tajam. Keputusan jadi tergesa-gesa.
Sebab itu ramai menyesal selepas marah reda.
Kerana ketika itu, yang bercakap bukan kebijaksanaan, tetapi ledakan emosi.
Apa yang selalu kita ulang, itulah yang membentuk peribadi
Jika kita terbiasa : cepat melenting, cepat menghukum, cepat bereaksi tanpa berfikir
Lama-kelamaan ia jadi tabiat.
Biasakan diri untuk berhenti seketika sebelum bertindak. Berfikir sebelum menjawab. Pilih tenang walaupun diprovokasi.
Itulah latihan membina kekuatan dalaman. Kawal emosi bukan bakat, tetapi satu kemahiran yang dilatih.
Orang kuat bukan yang paling garang… tetapi yang mampu mengawal diri ketika marah.
Kerana kematangan bukan diukur saat tenang, tetapi ketika emosi sedang bergelora.
Empat Cara Mudah Urus Marah
1. Berhenti sebelum respon.
Jangan balas ketika emosi sedang tinggi. Berhenti 6 saat. Tarik nafas.
Kadang-kadang enam saat itu akan menyelamatkan enam tahun hubungan.
2. Tukar reaksi kepada respon.
Jangan tanya “Kenapa dia buat aku marah?” tetapi tanya “Apa tindakan paling bijak sekarang?” Bezanya besar.
Jangan tanya “Kenapa dia buat aku marah?” tetapi tanya “Apa tindakan paling bijak sekarang?” Bezanya besar.
3. Beredar jika keadaan panas. Diam sebentar. Ambil ruang. Bukan kalah, tetapi mengelakkan risiko kerosakan.
4. Latih tenang setiap hari. Zikir .. pernafasan...berjalan.
Ketenangan tidak muncul ketika krisis, ia perlu dibina sebelum krisis.
Mengawal marah bukan memendam rasa, tetapi mengurus emosi dengan matang.
Bukan diam yang meledak di dalam, tetapi tenang yang memimpin tindakan.
Marah itu fitrah, tetapi cara kita mengurus marah akan menentukan kualiti hidup.
Setiap kali kita memilih untuk berhenti seketika sebelum meletup, sebenarnya kita sedang menguatkan minda kita, melatih sabar dan membina karakter yang besar
Tenang bukan tanda lemah, tetapi ia adalah kekuatan yang terlatih.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
0 komen ::
Catat Ulasan