Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3101
28 Jun 2026M
12 Muharram 1448H
Ahad
JADILAH SEPERTI DURIAN
Berduri bukan sebab mahu melukakan.
Kadang-kadang, itu cuma cara hati yang lembut menjaga dirinya daripada dilukai berkali-kali.
Dulu kita selalu mengalah.
Orang cakap kasar, kita diam.
Orang minta tolong, kita cuba usahakan.
Orang buat salah, dkita maafkan lagi.
Tapi hati yang lembut pun ada hadnya.
Sampai satu masa, kita mula menjaga jarak.
Bukan sebab kita sombong.
Bukan sebab kita mahu menyakitkan orang.
Mungkin kita cuma sudah terlalu lama dilukai ketika sedang cuba menjadi baik.
Kadang-kadang manusia jadi seperti durian.
Berduri di luar, bukan kerana mahu melukakan sesiapa.
Tetapi kerana di dalamnya ada sesuatu yang lembut, manis dan tidak boleh dibuka kepada semua orang sesuka hati.
Dalam kesihatan mental, ini dipanggil sempadan diri.
Kita masih boleh jadi baik tanpa membiarkan diri dipijak.
Masih boleh memaafkan tanpa memberi peluang yang sama berkali-kali kepada orang yang tidak pernah belajar menghargai.
Jadi kalau hari ini kita mula berduri, jangan terus rasa bersalah.
Mungkin itu bukan tanda hati kita telah keras.
Mungkin itu cara hati yang lembut belajar menyelamatkan dirinya.
- PublicHealthMalaysia -
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen ::
Catat Ulasan