* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Selasa, 30 Jun 2026

TITIK POSITIF 3103 30 Jun 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3103
30 Jun 2026M
14 Muharram 1448H
Selasa


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Poket kecil (duit sikit) tidak salah. Yang salah adalah apabila kita berbelanja besar demi gaya, sehingga melebihi kemampuan diri.

Hidup ini bukan satu pertandingan. Hidup ini bukan untuk berlumba-lumba menunjukkan siapa paling senang. Apa yang lebih penting adalah hidup dengan jujur, bersederhana, dan tidak berpura-pura semata-mata untuk mendapat pujian orang lain.

Pilihlah ketenangan, bukan pandangan orang. Integriti bermula apabila kita berani menjadi diri sendiri. Tahu tahap kemampuan sendiri, dan lebih memilih ketenangan jiwa berbanding kemewahan luaran.

Sederhana itu hebat. Ingatlah, hidup bersederhana itu bukan bermakna kita lemah. Sebaliknya, ia adalah bukti yang kita bijak menjaga maruah diri dan amanah hidup.

"Biar poket kecil, asalkan jiwa tenang. Sederhana itu bukan miskin, tapi bijak."

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan