* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

SEDERAP MENCIPTA KEJAYAAN

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
...................................................................................................
Khamis, 2 Julai 2026

TITIK POSITIF 3105 2 Julai 2026M

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF 3105
2 Julai 2026M
16 Muharram 1448H
Khamis


MARAH ITU MANUSIAWI, TETAPI CARA KITA MENGURUSNYA MENENTUKAN SIAPA DIRI KITA.

Kadang-kadang, kita bukan marah kerana benci. Kita cuma terlalu penat, terlalu kecewa, atau sudah terlalu banyak memendam rasa.
Namun ingatlah... Sepatah kata yang terlepas ketika marah boleh melukakan hati seseorang bertahun-tahun lamanya.

- Cuba tarik nafas sebelum meninggikan suara.
- Cuba beristighfar sebelum melepaskan amarah.
- Cuba muhasabah diri sebelum menyalahkan orang lain.

Orang yang kuat bukanlah yang menang ketika bertengkar, tetapi yang mampu mengawal dirinya ketika marah.

Semoga Allah melembutkan hati kita, menenangkan jiwa kita, dan menjadikan setiap ujian sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Amin.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
https://linktr.ee/ibnmohamed70

0 komen ::

Catat Ulasan