Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3119
16 Julai 2026M
1 Safar 1448H
Khamis
7 HABIT MANUSIA YANG AMAT BERKESAN
Fasa 1: Kemenangan Peribadi (Menguasai Diri Sendiri)
1. Bersikap Proaktif.
- Ambil tanggungjawab sepenuhnya atas hidup dan pilihan kita.
- Fokus kepada perkara yang boleh kita kawal, bukan perkara yang di luar kawalan.
2. Mula dengan Mengingati Matlamat Akhir
- Miliki visi dan hala tuju yang jelas sebelum memulakan sesuatu.
- Rancang hidup kita dan hidup dengan penuh tujuan.
3. Dahulukan Perkara yang Utama
- Berikan keutamaan kepada perkara yang benar-benar penting, bukan sekadar perkara yang mendesak.
- Disiplin diri adalah kunci untuk mengatasi gangguan.
Fasa 2 : Kemenangan Awam (Bekerjasama dengan Orang Lain)
4. Fikir Menang-Menang.
- Sasarkan kejayaan bersama.
- Kehidupan adalah sebuah kerjasama, bukannya persaingan. Semua orang mampu menang bersama.
5. Cuba Memahami Dahulu, Kemudian Minta Difahami.
- Dengar dengan mendalam dan penuh empati sebelum kita mula bercakap atau memberi pendapat.
6. Bersinergi
- Bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai hasil yang lebih hebat.
- Gabungan idea dan tenaga menghasilkan impak yang lebih kuat.
Fasa 3 : Pembaruan (Pertumbuhan Berterusan)
7. Asah Gergaji
- Jaga dan kekalkan kesejahteraan diri secara konsisten.
- Sentiasa tingkatkan kualiti diri dari aspek fizikal, mental, emosi, dan rohani untuk terus berkembang dan memberi sumbangan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree
0 komen ::
Catat Ulasan