Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3145
11 Ogos 2026M
27 Safar 1448H
Selasa
TEGURAN DIPLOMATIK
Menegur orang yang tinggi ego dan kasar memerlukan strategi diplomatik agar teguran tersebut menembusi pertahanan diri mereka tanpa mencetuskan perang mulut.
1. Ambil masa dan tegur secara peribadi Jangan sesekali menegur mereka di hadapan orang ramai atau sewaktu emosi mereka sedang memuncak. Orang yang berego tinggi akan berasa malu dan terancam jika ditegur secara terbuka, lalu mereka akan bertindak lebih agresif untuk mempertahankan diri. Cari waktu yang tenang.
2. Gunakan nada suara yang bertentangan (Rendah & Perlahan) Apabila mereka mula bercakap dengan nada tinggi, elakkan daripada membalas dengan suara yang sama. Berbicara dengan nada tenang dan perlahan secara automatik memegang kawalan emosi, sekali gus memaksa mereka untuk memperlahankan suara jika mahu mendengar respon kita.
3. Gunakan teknik "I-Message" (Gantikan Tudingan Jari) Gantikan ayat yang merangsang sifat pertahanan mereka kepada penyataan yang berfokus pada emosi dan pandangan kita sendiri :
- Elakkan: "Awak ni kasar sangat dan suka menjerit!" (Mereka akan terus menafi dan menyerang balik).
- Cuba: "Saya berasa kurang selesa dan sukar untuk faham maksud awak bila awak guna nada suara yang tinggi."
4. Tetapkan sempadan yang tegas. Beri ketegasan tentang bagaimana kita mahu dilayan tanpa perlu menjadi kasar.
Contoh: "Saya sedia dengar pandangan awak dan mahu selesaikan isu ini, tetapi bukan dengan nada begini. Kita sambung perbualan bila kita berdua dah tenang." (Kemudian, beredar dari situasi tersebut).
5. Gunakan kaedah "Sandwich" (Faham – Tegur – Harapan) Tutup ego mereka dengan membuka perbualan secara positif sebelum menyampaikan teguran :
- Faham: "Saya tahu awak penat dan nak selesaikan masalah ni cepat-cepat..."
- Tegur: "...cuma kata-kata kasar tadi buat saya rasa tidak dihormati."
Harapan: "...saya yakin kita boleh selesaikan perkara ini dengan cara baik sebab, saya hargai kerjasama awak."
6. Tahu bila perlu mengundurkan diri. Jika kita telah mencuba menegur secara berhemah tetapi mereka tetap melenting, menafi, atau sengaja ingin menang, jangan buang tenaga berdebat. Diam dan jarakkan diri. Kadangkala, keengganan kita untuk melayan drama mereka adalah mesej yang paling kuat bahawa sikap mereka tidak diterima.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree
0 komen ::
Catat Ulasan