Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3163
29 Ogos 2026M
16 Rabiul Awwal 1448H
Sabtu
JANGAN KERANA SALAH ORANG LAIN, KITA MENGHUKUM DIRI DAN KELUARGA SENDIRI
Kadang-kadang, hidup ini menguji kita dengan perbuatan, khianat, atau kesilapan orang lain. Namun, ingatlah... jangan pernah biarkan kesalahan orang lain meragut ketenangan jiwa kita, apatah lagi menjejaskan kebahagiaan keluarga tercinta yang tidak berdosa.
Mari kita perkemaskan benteng diri dan bangkit bersama :
✨ Bersikap matang, bertindaklah dengan fikiran yang tenang dan rasional. Jangan biarkan emosi melulu menguasai diri sehingga merosakkan keharmonian sesama insan.
✨ Berjiwa kental. Dugaan mungkin berat, tetapi jiwa kita mesti lebih kuat. Rebah sekali tidak bermakna tewas; jadikan setiap ujian sebagai batu loncatan untuk terus bertahan.
✨ Berani & Jujur. Beranilah menegakkan kebenaran dan sentiasa jujur pada diri sendiri mahupun orang sekeliling. Kejujuran membawakan ketenangan, manakala keberanian membolehkan kita berdiri teguh menghadapi cabaran.
✨ Ikhlas Menyembuhkan Hati. Serahkan apa yang tidak mampu kita kawal kepada-Nya. Lepaskan rasa dendam dengan keikhlasan, kerana ikhlas membebaskan hati daripada beban yang tidak sepatutnya ditanggung.
✨ Sentiasa Waspada Tipu Daya Jin & Syaitan. Jangan sesekali terpengaruh dengan bisikan halus Jin dan Syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyemai hasad dengki, amarah, prasangka buruk, dan keretakan dalam rumah tangga. Tetapkan iman dan kawal fikiran.
Jadikan rumah dan keluarga kita syurga kedamaian, bukannya tempat melampiaskan kekecewaan akibat perbuatan orang luar. Teruskan melangkah dengan gagih, jaga hubungan dengan-Nya, dan lindungi keluarga tercinta dengan kasih sayang.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
0 komen ::
Catat Ulasan