Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3169
4 Sept 2026M
22 Rabiul Awwal 1448H
Jumaat
Jaga Hati, Selamatkan Diri : Jangan Biarkan Dosa Menjadi Kebiasaan
Bahaya terbesar bukanlah sekadar saat kita terlanjur melakukan kesalahan, tetapi apabila dosa diulang hingga hati hilang rasa bersalah.
Bahaya Dosa Berulang : Hari ini rasa biasa, esok rasa biasa, akhirnya nasihat paling indahpun tidak lagi mampu menyentuh jiwa kita.
Peluang Yang Masih Ada : Rasa bersalah yang hadir hari ini ialah bukti kasih sayang Allah. Itulah cerminan bahawa hati masih hidup dan dipanggil untuk kembali.
Bangkitlah ...
- Tinggalkan dan lepaskan perbuatan yang merosakkan jiwa.
- Bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah dengan keikhlasan.
- Perbaiki diri dengan melangkahlah ke depan, jadilah lebih baik daripada semalam.
Jangan tunggu sehingga hati membeku baru mahu berubah. Selagi ada penyesalan, selagi itulah pintu ampunan sentiasa terbuka.
Semoga Allah melembutkan hati kita, mengampuni segala kekhilafan, dan mengurniakan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam ketaatan.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
0 komen ::
Catat Ulasan