Salam Mahabbah
TITIK POSITIF 3175
10 Sept 2026M
28 Rabiul Awwal 1448H
Khamis
Ujian hidup ibarat air keruh. Semakin kita aduk dengan prasangka dan keluhan, semakin gelap keadaan. Berhentilah bertanya "kenapa aku?", dan mulakan langkah dengan tenang, ikhlas, serta sabar.
Bertenanglah. Jangan biarkan emosi mengocak fikiran. Ketenteraman hati akan menjernihkan setiap masalah dengan sendirinya.
Mempersoalkan takdir hanya menambah gelisah, bukannya membawakan jalan keluar. Lepaskanlah keluhan.
Terima dengan lapang dada, kerana di sebalik setiap kesusahan sentiasa tersimpan hikmah yang indah.
Setiap badai pasti berlalu, dan hati yang tenang akan sentiasa menemui jalan terang.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
SI KERDIL I Satu Perkongsian
1 TITIK POSITIF 1 HARI Official
0 komen ::
Catat Ulasan